Friday, October 22, 2010

PEMIKIRAN IDEA KREATIF MANUSIA

Hasil pemikiran idea kreatif manusia sendiri maka tercipta pelbagai produk berteknologi dan berinovasi yang begitu menarik dan berguna untuk kita. Antara yang dapat saya ketengahkan kali ini adalah seperti berikut :

1)      Basikal untuk membawa kanak-kanak  dan boleh diubahsuai menjadi kereta bayi



Nama: Basikal untuk membawa kanak-kanak  dan boleh diubahsuai menjadi kereta bayi child carrier bike and luxury baby stroller in on

Fungsi: Memudahkan ibu bapa membawa anak-anak kecil bersiar-siar, lebih selamat dan sesuai untuk membawa kanak-kanak yang berusia 5 hingga 6 tahun dengan berat tidak melebihi 25kg. Manakala apabila ditukar kepda kereta bayi pula ia boleh membawa kanak-kanak berusia 3-4 tahun dengan berat 15 kg.

Spesifikasi: spesifikasi seperti basikal biasa yang dilengkapi dengan gear, brek, loceng keselamatan yang ditambah adalah mempunyai tempat duduk kanak-kanak dihadapan.  Ia boleh diubahsuai menjadi rereta bayi dengan hanya mengambil masa 20 saat.  Ciri-ciri tambahan meliputi  kusyen untuk melindungi kepala bayi, kerangka penyambung, pengunci stereng dan alat mengawal putaran.  Fabrik yang diguanakan mudah untuk dibersihkan dan kalis air. Dikeluarkan dalam empat warna iaitu merah, oren, hijau dan biru


2)      Robot Hidup


Nama produk: Robot Hidup

Fungsi: Robot adalah sebarang mesin yang boleh bergerak dan melakukan pelbagai tugas tanpa bantuan manusia. menggabungkan kepintaran sebenar makhluk hidup dengan perkakasan elektronik dan komputer untuk menghasilkan sejenis robot yang boleh beroperasi seperti makhluk hidup. 

 Klasifikasi: Gordon telah dicipta oleh saintis menggunakan sel otak benda hidup atau neuron menggantikan komputer  sebagai otak. Otak robot  diperbuat daripada 50,000 hingga 100,000 neuron yang diambil daripada tikus yang masih berada dalam fetus. Sel otak fetus tikus disambungkan dengan lebih 60 elektrod di mana setiap denyutan saraf sel ini akan ditukarkan kepada isyarat elekrik yang akan melalui litar khas. robot Gordon pada  dapat berhubung dengan dunia luar melalui pengesanan bunyi atau sonar. Ia juga diharap akan berfungsi seperti manusia yang boleh dilatih dan belajar melalui tabiat dan pengalaman yang disimpan di dalam memori sel otak yang dikenali sebagi neuron tadi.


3)      Katil Robotik


Nama produk: Katil robotik (hasil ciptaan terbaru  syarikat elektronik Panasonic dari Jepun)

Fungsi: katil robotik yang boleh diubah menjadi kerusi roda Ia membolehkan pengguna tetap berasa di atas katil atau kerusi roda ketika transformasi berlaku. Ia membuatkan kehidupan manusia lebih mudah terutamanya bagi warga emas dan orang kurang upaya. Jepun merupakan salah sebuah negara yang memiliki populasi warga tua terbesar.





Nama produk: Bateri AA/AAA 

Fungsi: bateri AA/AAA berfungsi seperti bateri biasa dan boleh dicas semula menggunakan usb. Bateri cas semula ini lebih mudah di bawa ke mana-mana. Dengan potensi untuk dicas menggunakan usb maka boleh mengecasnya di mana-mana saja yang ada komputer, laptop dan apa-apa saja yang menyediakan USB port.

Spesifikasi: Bateri 1.2v  1300mah di cas semula menggunakan USB 



5)         Spy pen


Nama produk: Spy pen (Inovasi dari Negara China)

Fungsi: Gajet ini menyerupai sebatang pen dan turut diguanakan untuk menulis . Spy Pen mudah di bawa kemana-mana dan boleh digunakan untuk kerja-kerja spy. Spy pen boleh juga digunakan untuk merakam video dan audio ketika  menghadiri kuliah, taklimat, ceramah atau meeting.  Spy Pen juga boleh berfungsi sebagai pendrive.

Spesifikasi: berat 30g dengan berdimensi 150mm x 15mm x 15mm. dilengkapi kamera, microphone dan USB port. Gajet ini mempunyai beberapa kapasiti iaitu 2GB, 4GB atau 8GB. Contoh seperti diatas Spy Pen warna hitam berkapasiti 4GB dan kameranya adalah 2 megapixel. Rakamannya terus ditukarksan kepada format AVI. Spy Pen 4GB saiz videonya adalah lebih kurang 500Kb/min. Mengecas Spy Pen mengambil masa kira-kira 2 jam dan jangka baterinya juga kira-kira 2 jam. Cas menggunakan USB port.



No comments:

Post a Comment