Wednesday, October 20, 2010

JENAYAH SIBER

Kemunculan Internet sebagai alat komunikasi terkini menjanjikan satu wadah penyebaran maklumat yang memantapkan ilmu dan maklumat. Oleh kerana tiada siapa yang dapat mengawal perjalanan maklumat di dunia siber, berjuta-juta laman web telah dihidupkan. Bermacam-macam maklumat tidak diketahui sama ada benar atau salah, idea, ideologi, propaganda dan tidak kurang juga pornografi disebarkan melalui internet. Internet juga membuka peluang untuk berlakunya jenayah siber. Jenayah membawa maksud aktiviti seperti kecurian, penipuan, pemalsuan, peras ugut. Jenayah siber pula melibatkan segala aktiviti jenayah yang biasa dilakukan seperti kecurian, penipuan, peras ugut dan segala aktiviti yang melibatkan perlanggaran undang-undang yang sedia ada.


Walau bagaimanapun, definisi yang lebih baik dan komprehensif telah dibuat oleh Mr Donn B. Parker seorang penyelidik di dalam jenayah komputer dan keselamatan untuk SRI International di Menlo Park, California. Beliau menyatakan bahawa jenayah siber adalah mana perlakuan yang mempunyai niat dan dikaitkan dengan komputer melalui apa-apa cara dan menyebabkan mangsa menderita atau boleh menyebabkan penderitaan, kerugian dan berterusan. Jabatan Kehakiman US menguatkan lagi definisi ini dengan mengatakan bahawa jenayah komputer adalah mana-mana aktiviti yang tidak sah dimana pengetahuan mengenai teknologi komputer digunakan untuk merealisasikannya.


Kesemua peringkat penggunaan komputer adalah sentiasa berhadapan dengan aktiviti jenayah. Sama ada sebagai mangsa kepada jenayah atau peralatan bagi jenayah atau kedua-duanya. Operasi input, pemprosesan data, oerasi output an komunikasi data telah digunakan dengan teliti untuk tujuan yang tidak sihat. Jenis jenayah siber yang biasa kita dengar seperti penipuan, kerosakan atau pengubahsuaian keatas program atau data computer, kecurian maklumat, capaian tidak sah keatas system, pengintipan, judi siber, skim cepat kaya, pornografi, penggodam atau ‘Hacker’, penyebaran virus dan banyak lagi dan mungkin juga kita akan berhadapan dengan bentuk jenayah baru selaras dengan kepesatan pembangunan komputer .


Antara langkah-langkah yang harus diambil untuk mengatasi masalah siber tertutamaya dinegara Malaysia yang telah terikat dengan janji tidak menapis internet . Ini termaktub dalam rang undang-undang jaminan yang dijanjikan oleh kerajaan Malaysia dengan syarikat-syarikat Koridor Raya Multimedia. Seksyen 3(3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 juga mengisytiharkan bahawa tiada suatu pun peruntukan di bawah akta tersebut yang membenarkan sebarang penapisan maklumat berlaku. Hal ini harus dipandang serius dan difikirkan semula kerana telah diketahui terlalu banyak jenayah siber boleh berlaku tanpa adanya sebarang penapisan. Oleh itu disarankan untuk kerajaan mengamalkan penapisan  separa seperti yang dilakukan oleh negara China atau  menapis hanya maklumat yang mungkin merosakkan fikiran masyarakat.


Langkah seterusnya negara boleh bekerjasama antara negara serta secara global dengan memperkenalkan dan menjalankan rancangan membanteras penjenayah siber.  Kerajaan-kerajaan negara Asia Tenggara boleh memberi amaran kepada penjenayah siber dan mengumumkan rancangan ini melalui Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN). Hasil perkongsian maklumat-maklumat dalam keselamatan komputer dan membentuk unit jenayah siber.  Manakala menteri-menteri telekomunikasi ASEAN pula berkerjasama untuk menentukan standard ujian peralatan telekomunikasi yang boleh dilaksanakan dengan pantas dengan kos yang rendah. 


Penjenayah boleh dijejaki dengan forensik komputer. Oleh itu negara haruslah terus mengambil peluang melatih lebih ramai forensic computer yang berkepakaran tinggi. Forensik komputer ini digunakan dalam penyiasatan, analisis untuk mendapatkan bukti-bukti jenayah dan kemukakan kepada kekuatan undang- undang.

Selain itu, kerjasama antara kerajaan dengan syarikat serta pengguna internet perlu dilaksanakan. Syarikat yang ingin memulakan e-commerce perlu melakukan langkah-langkah keselamatan terdahulu dan berkongsi masalah pencerobohan dan penggodaman dengan kerajaan.Disamping itu  pengguna internet juga boleh berkongsi pengetahuan atau memberi cadangan kepada kerajaan untuk meningkatkan tahap teknik forensik komputer.


Langkah terkahir terakhir yang dapat diambil adalah dengan melindungi sistem komputer kita sendiri. Lengkapkan diri kita dengan ilmu tentang komputer dan mungkin kita boleh lindungi sistem komputer kita dengan perisian yang ada di pasaran seperti anti-virusfirewall,pop-up blockeranti-spyware dan apa saja perisian keselamatan yang lain.

No comments:

Post a Comment