Friday, October 22, 2010

KRAFTANGAN DARI KULIT TELUR


Kulit telur dapat menghasilkan kraftangan yang berguna. Menarik bukan? Disini saya menunjukkan cara menghasilkan kraftangan bekas letak surat dari bahan terbuang seperti kulit telur  dan kotak. Ini juga boleh dijadikan bahan bantu mengajar kepada kanak-kanak di sekolah dimana dapat menerangkan kepada kanak-kanak bahawa bahan terbuang juga boleh menghasilkan sesuatu yang menarik dan berguna. Selamat mecuba :))

1) Bahan-bahan yang diperlukan




Bahan yang diperlukan seperti kotak kasut, kulit telur, kulit kerang, gam, gunting, kertas pembalut dan cat

2) Potong kotak menjadi bentuk seperti dibawah


3) Balut kotak tersebut dengan kertas pembalut


4) Lekatkan kulit telur di seluruh permukaan kotak




5) Semburkan cat ke atas permukaan kotak


6) Lekatkan perhiasan keatas kotak seperti kulit kerang, gambar atau sebarang perhiasan bagi menjadikan bekas letak surat yang dihasilkan nampak lebih menarik.





Bekas letak surat yang telah siap dan boleh digunakan. Selepas ini dokumen penting seperti surat dan bil-bil tidak akan hilang lagi. Selain itu bekas ini juga boleh dijadikan tempat meletak barang penting sepeti kunci, sekaligus ini dapat mengajar kanak-kanak bahawa barang penting dan kecil boleh dimasukkan kedalam bekas ini supaya tidak hilang.




1 comment:

  1. awesome ! thanx saia akan gunakan sebagai modal utama dlm pertandingan kraf kreatif
    trimas <3 :)

    ReplyDelete